Perang Dunia Kedua atau Perang Dunia II
(PD2 atau PDII) ialah satu konfik sedunia yang memakan masa hampir
selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang
(tentera dan orang awam). Rusia mengalami jumlah kehilangan jiwa yang
terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran hampir 25 juta
kematian, diikuti oleh China dengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta.
Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun). Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia Kedua medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.
Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila kuasa udara memainkan peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki. Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.
PENGENALAN
Cara layanan pihak yang menang terhadap Republik Weimar selepas Perang
Dunia I, dan kemelesatan besar ekonomi ( Great Depression ) menyebabkan
pergerakan pelampau nasionalis NSDAP Adolf Hitler merebut kuasa di
Jerman. Disebabkan keadaan politik yang rapuh, Adolf Hitler berjaya
menggunakan kuasa darurat dan memegang kuasa penuh negara Jerman. Adolf
Hitler membelakangi perjanjian selepas Perang Dunia I, dia membangunkan
semula tentera Jerman melalui perlembagaan demokratik yang kemudiannya
diketepikan. Dia menguatkan tentera di sempadan bersebelahan dengan
Perancis, memaksa persekutuan semula dengan Austria, dan dengan
persetujuan Perancis-British dia menyerap sebahagian dari
Czechoslovakia.
Pada tahun 1922 Benito Mussolini dan parti Fascist bangkit memegang
kuasa di Itali. Fascist Itali, Mussolini berkongsi sebahagian matlamat
ideologi dengan sosialis Kebangsaan Jerman, dan walaupun Mussolini tidak
begitu mempercayai Hitler, kedua negara membentuk perjanjian yang
dikenali sebagai "Rome-Berlin Axis" pada tahun 1936.
Benito Mussolini ("Il Duce") bersama Adolf Hitler
Perang Dunia Kedua lebih banyak mengorbankan orang awam berbanding
peperangan lain sebelumnya dalam sejarah. Ini disebabkan sebahagiannya
pengeboman udara secara besar-besaran terhadap penduduk awam pada skala
yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. (Polisi yang dimulakan oleh
Luftwaffe Jerman terhadap Poland, Perancis dan Inggris membantu Poland,
dan kemudiannya dilakukan dengan lebih meluas oleh pihak Berikat
terhadap bandar Jerman), dan penggunaan teknologi zaman perindustrian
untuk membolehkan pembunuhan beramai-ramai orang awam yang tidak
diperlukan di kem penghapusan.
MEDAN EROPAH
Peperangan di Eropah bermula pada 1 September 1939, apabila tentera
Jerman menjajah Poland. Pakar sejarah yang lain pula menyebut
pencerobohan Jepun ke negeri China pada tahun 1937 sebagai permulaan
peperangan, atau pencerobohan Jepun ke Manchuria pada tahun 1931.
Pada tahun 1939, Hitler menuntut sebahagian daripada wilayah Poland dan
memeteraikan Perjanjian Molotov-Ribbentrop ( Molotov-Ribbentrop Pact )
dengan Kesatuan Soviet sebagai membalas kepada tindakan sokongan
persekutuan pertahanan British dan Perancis dengan Poland pada bulan Mac
1939. Pihak Wehrmacht Jerman kemudiannya menjajah Poland dalam 'Kempen
September Polish' pada 1 September. Pada 3 September 1939 pihak British
dan Perancis mengisytiharkan perang ke atas Jerman. Kerajaan Poland
tumbang, dan Presiden Ignacy Moscicki melarikan diri serta menubuhkan
kerajaan Polish dalam pelarian pada 18 September 1939. Dalam tempoh
beberapa minggu kemudian, Tentera Merah Soviet turut menjajah Poland,
dan pertempuran merebut Poland berakhir tanpa sebarang bantuan
ketenteraan daripada negara Perancis dan British.
Tempoh dari tamatnya penjajahan Poland pada Oktober 1939, sehingga
penjajahan Jerman terhadap Benelux dan Perancis pada Mei 1940, dikenali
sebagai Perang Olok-olok (Phony War). Pasukan Jerman dan Soviet
dipindahkan dari menyerang Poland. Tentera Merah menumpukan ke
Negara-negara Baltik dan kepada Finland, di mana Peperangan Musim Sejuk
menjadi tumpuan dunia disebabkan ketiadaan pertempuran lain. Pasukan
Wehrmacht bergerak ke barat, dan sementara itu Operasi Weserübung
menjajah Denmark dan Norway. Perancis menggerakkan tenteranya dan
mengendalikan pertahanan sempadannya yang kukuh dengan Rhine; dan pihak
British pula menghantar pasukan expeditionary yang besar ke Perancis.
Selain serangan ringkas oleh pasukan Perancis yang menyeberangi Rhine,
tiada pertempuran lain sementara kedua pihak memperkukuhkan tentera
mereka.
Pada Mei 1940 pasukan Jerman menyerang Negara Rendah (Low Countries)
(Belanda, Belgium dan Luxembourg). Ketiga-tiga negara diduduki dengan
pantas dan kesemua kerajaan dan pemerintahnya berundur ke British,
kecuali raja Belgium Leopold III yang kekal di negaranya.
Pihak Jerman kemudiannya menyerang Perancis. Taktik Blitzkrieg Jerman
berjaya mengalahkan tentera Perancis dan British di Perancis. Pasukan
Ekspedisi British (BEF) terpaksa diundurkan dari Dunkirk dalam Operasi
Dynamo, meninggalkan kelengkapan berat mereka, sementara kerajaan
Perancis berdamai, dengan pihak Jerman menguasai kawasan di Utara dan
kerajaan Vichy Perancis Vichy (Vichy France Vichy) pula berkuasa di
selatan.
Sementara itu, tentera udara Jerman, Luftwaffe gagal mengalahkan Pasukan
Udara Diraja dalam Pertempuran Britain ( Battle of Britain ) untuk
menguasai ruang udara British. Sebaliknya pihak Luftwaffe memulakan
kempen pengeboman strategik yang dikenali oleh pihak British sebagai
Blitz, dan mengepong British agar menyerah dalam Pertempuran Atlantik.
Britain tetap utuh menghadapi kedua-duanya.
Pada Jun 1941 Jerman menyerang Kesatuan Soviet, walaupun mereka
mempunyai pakatan tidak agresif (non-aggression pact), dalam Operasi
Barbarossa, memulakan apa yang dikenali di Kesatuan Soviet sebagai
Peperangan Patriotik Agung (Great Patriotic War) (Великая Отечественная
Война). Pihak Rusia dikejutkan dan Wehrmacht pada awalnya menakluk
kawasan yang luas, dan menawan beratus ribu tentera. Pihak Soviet
berundur, dan berjaya memindahkan kebanyakan industri berat mereka jauh
daripada medan pertempuran dan membina semula dikawasan lebih terpencil.
Pengorbanan pertahanan yang kental menghalang pihak Jerman menawan
Moscow (Bandar Wira) sehingga musim sejuk melanda (lihat Pertempuran
Moscow). Hitler, menjangkakan kempen itu tamat dalam tempoh beberapa
bulan, tidak melengkapkan tentera mereka untuk peperangan musim sejuk.
Lima hari selepas Soviet melancarkan serangan balas mereka, pada 11
Disember 1941, Jerman mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat
selepas Serangan ke atas Pearl Harbor oleh Jepun - Untuk rencana
lanjutan, lihat Perang Dunia Kedua Medan Asia
Ketua Perikatan "Besar Tiga" Winston Churchill, Franklin Delano Roosevelt, dan Joseph Stalin
Pada musim bunga pihak Jerman melakukan serangan lanjut terhadap
Kesatuan Soviet, tetapi tidak dapat menetapkan antara serangan langsung
terhadap Moscow atau menawan padang minyak Caucasus. Moscow sekali lagi
berjaya dipertahankan, dan pada akhir tahun 1942 tentera Soviet berjaya
menembusi baris hadapan pihak Pusat di selatan, dan mengepong Tentera
ke-6 Jerman dalam Pertempuran Stalingrad ( Bandar Wira ). Pada Februari
1943 saki-baki 300,000 tentera Jerman menyerah.
Pada musim bunga, Wehrmacht berjaya memulihkan baris hadapan dan
melakukan serangan balas dalam Pertempuran Kedua Kharkov (Second Battle
of Kharkov), tetapi serangan mereka pada Pertempuran Kursk (Julai 1943)
gagal mengakibatkan pihak Jerman tidak lagi mempunyai sumber untuk
bertahan. Tentera Merah berjaya menyerang balas dan merampas kembali
kawasan yang hilang. Semenjak itu, Kesatuan Soviet mempunyai kelebihan
di Timur Eropah.
Kekalahan pihak Jerman di Stalingrad diikuti pula dengan kekalahan pada
skala yang sama di Tunisia (lihat Perang Dunia Kedua#Medan Afrika dan
Timur Tengah Medan Afrika di bawah), mengakibatkan kehilangan tapak
terakhir kuasa Paksi di Afrika Utara dan penawanan suku juta tahanan
perang Jerman dan Itali pada Mei 1943. Selepas itu pihak Berikat
menggunakan Afrika Utara sebagai papan loncatan untuk pelanggaran Sicily
melalui Operasi Husky pada Julai 1943 dan pelanggaran tanah besar Itali
oleh pihak Berikat Allied (September 1943), yang digambarkan oleh Sir
Winston Churchill sebagai "bahagian lembut perut Eropah". Itali
menyerah, tetapi tentera Jerman bertindak untuk melucutkan senjata
tentera Itali dan bergegas mempertahankan Itali bersendirian. Pihak
Jerman mendirikan baris pertahanan kukuh di negara bergunung yang sesuai
untuk pertahanan, dan kemajuan pihak Berikat adalah perlahan.
Pihak Berikat melanggar Normandy dalam Operasi Overlord pada Jun 1944
dan membebaskan kebanyakan Perancis dan Negara Rendah ( Low Countries )
pada penghujung tahun. Pihak Jerman yang terdesak telah menyerang balas
dalam Pertempuran Bulge pada Disember 1944 tetapi dapat dipatahkan.
Pihak Berikat kemudian berjaya memasuki Jerman pada 1945. Ketika ini
pihak Soviet telahpun sampai ke sempadan Timur Empayar Jerman ( German
Reich ), dan nasib Jerman telah ditentukan. Selepas Hitler membunuh diri
ketika pihak Rusia memasuki Berlin, pihak tentera Jerman menyerah tanpa
syarat pada 7 Mei 1945.
Peperangan di Eropah berakhir dengan penyerahan diri oleh Jerman pada 8
Mei 1945, tetapi berterusan di Asia dan Pasifik sehingga 2 September
1945, apabila Jepun menyerah kalah.
PERANG PASIFIK
Pihak Jepun telah berperang dengan negara China sebelum Perang Dunia
Kedua bermula di Eropah. Ketika Amerika Syarikat dan negara-negara lain
menghentikan eksport ke Jepun, mereka telah membuat keputusan untuk
menyerang Pearl Harbor pada 7 Disember 1941 serentak dengan
pengistiharan perang dalam tempoh yang singkat. Disebabkan masalah
teknikal, pengistiharan tersebut tidak sempat disampaikan. Angkatan
Pasifik Amerika mengalami kerosakan yang teruk, walaupun kapal induknya
terselamat kerana ketika serangan berlaku ia sedang belayar. Tentera
Jepun turut menyerang tanah-tanah jajahan milik British di Malaya, dan
Borneo, serta Filipina yang berada di bawah penguasaan Amerika secara
serentak, dengan tujuan untuk menguasai telaga minyak Belanda Hindia
Timur. Pulau kota Singapura kepunyaan British tewas dalam apa yang
disifatkan oleh Churchill sebagai kekalahan British yang paling
memalukan sepanjang zaman.
Pada Mei 1942, tentera laut Jepun menyerang Port Moresby, New Guinea.
Seandainya serangan tersebut berjaya, ia akan mendekatkan jarak mereka
untuk menyerang Australia. Bagaimanapun, serangan tersebut digagalkan
oleh Tentera Laut Berikat dalam Pertempuran Laut Karang (Coral Sea),
menjadikannya operasi menentang pelan Jepun yang pertama berjaya, dan
pertempuran tentera laut pertama antara kapal induk sepenuhnya. Sebulan
kemudian Tentera Laut AS sekali lagi berjaya menghalang pencerobohan
Kepulauan Midway dalam Pertempuran Midway, kali ini memusnahkan empat
kapal induk Tentera Laut Jepun, yang tidak mampu digantikan oleh
industri persenjataan Jepun, sekali gus meletakkan pihak Imperialis
Jepun dalam situasi bertahan.
Bagaimanapun, pada Julai Tentera Imperialis Jepun telah melakukan
serangan darat di Port Moresby, sepanjang Laluan Kokoda Kokoda Track.
Pasukan simpanan Australia, ramai yang masih muda dan tidak terlatih,
bertempur sebagai pengawal belakang, sehingga mereka digantikan oleh
Tentera Australia biasa yang kembali daripada pertempuran di Timur
Tengah.
Pemimpin Pihak Berikat telah bersetuju walaupun sebelum kemasukan
Amerika dalam peperangan bahawa keutamaan perlu diberikan untuk
mengalahkan pihak Jerman. Bagaimanapun pasukan Australia dan Amerika
dibawah pimpinan Jeneral Douglas MacArthur mula menyerang jajahan yang
tertawan, bermula dengan Pulau Guadalcanal melawan tentera Jepun yang
bertahan dengan gigih dan bersungguh-sungguh. Pada 7 Ogos 1942 Pulau
Guadalcanal diserang oleh Kor Marin Amerika Syarikat (United States
Marine Corps; USMC). Pada akhir Ogos dan awal September, ketika
pertempuran berlarutan di Guadalacanal, pasukan Australia dan Amerika
Syarikat bertempur dengan serangan amphibious Jepun di hujung timur New
Guinea dalam Milne Bay, kekalahan mutlak pertama tentera darat Jepun.
Pasukan Amerika Syarikat mencapai kejayaan di Guadalcanal pada Februari
1943.
Pasukan Australia dan Amerika Syarikat kemudiannya berusaha untuk
menawan kembali kawasan yang ditawan Jepun di sesetengah bahagian di New
Guinea dan Dutch East Indies. Pulau Solomon dirampas kembali sepenuhnya
pada 1943, New Britain dan New Ireland pada tahun 1944. Filipina
diserang pada akhir tahun 1944 selepas Pertempuran Teluk Leyte.
Kapal selam AS dan pihak Berikat turut menyerang perkapalan perdagangan
Jepun, dengan itu menafikan perindustrian Jepun dari mendapatkan bahan
mentah, yang merupakan sebab utama Jepun berperang untuk mendapatkannya.
Keberkesanan cerutan ini meningkat apabila Amerika menawan kawasan
kepulauan yang berhampiran tanah besar Jepun.
Tentera Kebangsaan Kuomintang (Nationalist Kuomintang Army) di bawah
Chiang Kai-shek dan Tentera Komunis China (Communist Chinese Army) di
bawah Mao Zedong kedua-duanya menentang penaklukan Jepun di China,
tetapi tidak pernah bersatu menentang Jepun. Pertikaian antara kuasa
Komunis dan Kebangsaan Nationalist berterusan walaupun perang sudah
tamat.
Pihak Berikat menawan kepulauan berhampiran Jepun seperti Iwo Jima dan
Okinawa meletakkan Jepun dalam jarak serangan udara dan laut, Tokyo
diserang dengan bom api dan kemudiannya bom atom menghancurkan
Hiroshima. Pada 8 Ogos 1945, Kesatuan Soviet yang sekian lamanya
menyimpan dendam atas kekalahannya di Pelabuhan Arthur dan Tsushima oleh
Jepun pada tahun 1902 telah mengistiharkan serang balas ke atas Jepun,
menyerang jajahannya di Manchuria. Pada 9 Ogos Nagasaki di bom dengan
bom atom. Pihak Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945, dan
menandatangani dokumen menyerah kalah pada 2 September 1945.
MEDAN AFRIKA DAN TIMUR TENGAH
Kempen Afrika Utara bermula pada tahun 1940, apabila sepasukan kecil
tentera British di Mesir menghalang kemaraan tentera Itali daripada
Libya. Kemaraan ini dihentikan pada tahun 1941 ketika pasukan Jerman di
bawah Erwin Rommel mendarat di Libya. Tambahan lagi, pada Jun 1941
Tentera Australia dan pasukan Berikat melanggar Syria dan Lebanon,
menawan Damascus pada 17 Jun. Afrika Korps dibawah pimpinan Rommel maju
dengan pantasnya ke arah timur dan terus mengepung pelabuhan strategik
di Tobruk. Pasukan Australia dan British menangkis kesemua serangan
sehinggalah diganti, tetapi serangan pihak Pusat yang baru menawan
bandar tersebut dan menghalau Tentera ke Lapan ( Eighth Army )
kebelakang sehingga ke perbatasan di El Alamein.
Pertempuran El Alamein Pertama berlaku antara 1 Julai sehingga 27 Julai
1942. Pihak Jerman telah mara ketitik pertahanan terakhir sebelum bandar
Alexandria dan Terusan Suez. Bagaimanapun mereka mendahului saluran
bekalan, dan pertahanan British dan Komanwel mematahkan serangan mereka.
Pertempuran El Alamein Kedua berlaku antara 23 Oktober dan 3 November
1942 selepas Bernard Montgomery menggantikan Claude Auchinleck sebagai
komander Tentera Kelapan ( Eighth Army ). Pasukan Komanwel Commonwealth
forces mula menyerang dan memusnahkan Afrika Korps. Rommel dipaksa
berundur, dan kali ini tidak berhenti berundur sehingga sampai ke
Tunisia.
Mengiringi kejayaan ini, pada 8 November 1942, tentera Amerika dan
British mendarat di Maghribi dan Algeria dalam Operasi Obor ( Operation
Torch ). Pasukan tempatan Perancis Vichy membuat penentangan terhad
sebelum menyertai pihak Berikat. Akhirnya pasukan Jerman dan Itali
terkepit dari kemaraan berkembar dari Algeria dan Libya oleh pihak
Berikat. Mara dari kedua-dua belah timur dan barat, pasukan Berikat
mengundurkan Wehrmacht sepenuhnya dari Afrika dan pada 13 Mei 1943, baki
pasukan Paksi di Afrika Utara menyerah diri. 250,000 tahanan ditahan;
sama ramai seperti di Stalingrad.
Afrika Utara digunakan sebagai batu loncatan untuk melanggar Sicily dan Itali pada tahun 1943.
KEPENTINGAN SEJARAH
Perang Dunia Kedua merupakan kemuncak kepada jumlah tentera yang ramai.
Walaupun jumlah tentera yang ramai berkuali rendah muncul semula (ketika
Perang Korea dan dalam beberapa pertikaian negara Afrika), selepas
kemenangan ini kuasa besar bergantung kepada tentera yang kecil tetapi
terlatih dan bersenjata lengkap.
Selepas perang, ramai pemerintah Jerman berpangkat tinggi dibicarakan
kerana jenayah perang, termasuk juga pembunuhan beramai-ramai Holokus
dilaksanakan kebanyakan di bawah kawasan Kerajaan Jeneral ( General
Government ), dalam perbicaraan Nuremberg. Serupa juga pemimpin Jepun
dibicarakan dalam Perbicaraan Jenayah Perang Tokyo ( Tokyo War Crime
Trial ). Dinegara lain, terutamanya di Finland, pihak Berikat bertegas
untuk mendakwa pemimpin politik untuk dibicarakan dalam "perbicaraan
tanggungjawab perang" war-responsibility trials - contohnya. bukan
kerana jenayah perang.
Kekalahan Jepun, dan penjajahannya oleh tentera Amerika ( American
Forces ), mendorong kepada Jepun gaya barat yang lebih menyeluruh dari
apa yang mungkin berlaku jika sebaliknya. Jepun mengikut lebih dekat
demokrasi cara Barat dan, disebabkan kekalahannya di tangan Amerika
Syarikat, berusaha untuk meniru Amerika Syarikat. Usaha besar-besaran
kebangsaan ini menghasilkan keajaiban ekonomi dan kebangkitan Jepun
untuk menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia.


