Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul
yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan
ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan
keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar
480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih
kurang dua juta orang di Amerika Syarikat). Pertubuhan Freemason yang
wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan
metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu
Makhluk Agung (Supreme Being)
ASAL USUL
ASAL USUL
KULTUS KUNO
Terdapat pelbagai legenda dan teori mengenai asal-usul kewujudan
Freemason. Ada yang mengaitkannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman
Mesir kuno. Ada pula yang mengatakan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-2
SM oleh ahli kitab atau pendeta Yahudi daripada mazhab Essene.
Sesetengah ilmuan Freemason berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak
akar umbi mereka kepada pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon’s
Temple) di Jerusalem pada 967 S.M. Asas cerita itu tertumpu kepada
seseorang yang bernama Hiram Abiff yang mendakwa mengetahui rahsia
Haikal Sulaiman
KESATRIA TEMPLAR
Freemason juga dikaitkan dengan ahli Kesatria Templar (Knight's
Templar). Mengikut legenda, pada abad ke-11, Kesatria Templar telah
menjumpai harta karun di tinggalan bangunan Haikal Sulaiman (berpandukan
sesetengah pendapat; terletaknya di sebuah bilik rahsia di bawah
Masjidil Aqsa). Ini menyebabkan kebanyakan mereka menjadi tersangat kaya
sehinggalah harta itu dirampas oleh Raja Perancis Philip IV. Kesatria
Templar dipenjarakan tetapi ada yang melarikan diri. Pergerakan ini
menjadi sulit dan muncul kembali pada abad ke-17 di bawah nama
Freemason.
Albert Pike (1872) pula dalam bukunya Morals and Dogma of the Ancient
and Accepted Scottish Rite of Massonry, berpendapat bahawa pada kurun
ke-11, Kesatria Templar telah berpakat bersama Ketua Gereja di
Constantinople. Pada masa itu Ketua Gereja Constantinople (daripada
Gereja Ortodoks Timur) bersaing dengan Gereja Katolik Rom. Ahli Kesatria
Templar bersumpah setia untuk melindungi umat Kristian yang melawat
tempat suci; manakala matlamat rahsia mereka adalah untuk membina semula
Haikal Sulaiman. Binaan ini akan menjadi tempat paling suci untuk orang
Kristian dan akan dapat menandingi kediaman suci Gereja Katolik di
Roma. Ahli Templar berselindung di bawah nama Brethren-Masons. Nama ini
Frères Maçons dalam bahasa Perancis dieja menjadi Free-Masons dalam
bahasa Inggeris.
PERSATUAN TUKANG BATU
Penjelasan yang lebih berasas mengenai gerakan Freemason ialah ia
berkembang daripada persatuan pemahat dan tukang batu (dalam bahasa
Inggeris, pemahat atau tukang batu dipanggil mason atau stone mason)
pada Zaman Pertengahan di Eropah. Pada masa itu, mereka diambil untuk
bekerja oleh raja dan pihak gereja. Terdapat dua jenis tukang batu. Satu
ialah tukang batu yang memahat batu-batu biasa yang dinamakan rough
mason. Freestone mason pula adalah tukang batu yang memahat batu-batu
yang lebih terperinci dan dengan kesenian. Mereka ini adalah golongan
bebas (free) dan bukan hamba kepada mana-mana tuan yang kaya. Nama
"Freestone mason" kemudian disingkatkan menjadi Freemason. Oleh sebab
keistimewaan dan kebolehan mereka, golongan ini menubuhkan kelab atau
persatuan sendiri untuk membincangkan pertukangan, kesenian dan kadar
upah mereka. Salam tangan rahsia, kata-kata rahsia dan tanda-tanda lain
direka untuk membezakan mereka dengan tukang batu yang lain.
SEJARAH
Terdapat beberapa bukti Freemason mula tersebar di benua Eropah seawal
akhir kurun ke-16 Masehi. Salah satu bukti bertulis awal yang
menunjukkan cabang Freemason telah ada di England pada tahun 1641 ialah
rekod inisiasi Robert Moray, salah seorang keluarga raja. Moray menjadi
anggota Freemason di Edinburgh pada 20 Mei 1641.Selain itu, Elias
Ashmole, yang juga berdarah keluarga Raja England, menulis dalam buku
diarinya bahawa dia telah menjadi anggota Freemason di Lancashire, pada
16 Oktober 1646.
Peristiwa penting dalam perkembangan Freemason adalah pada 24 Jun 1717
dengan terdirinya Loji Besar England (Grand Lodge of England). Dengan
terdirinya pusat bagi persatuan itu di England, Freemason kini menjadi
organisasi nasional yang tidak lagi bergerak secara rahsia. Loji Besar
England merupakan gabungan daripada empat cabang Freemason dan mereka
mempercayai falsafah yang sama iaitu "Agama yang mana semua manusia
bersetuju... adalah menjadi Manusia yang Baik dan Benar" (Religion is
which all men agree… that is, to be Good Men and True).
Dengan terbentuknya Loji Besar England, gerakan Freemason semakin
merebak sehingga berkembang melintasi benua Eropah sehingga ke benua
Amerika.
ETIKA FREEMASON
Freemason mengamalkan tiga etika-etika yang diikuti demi mengaburi pergerakan mereka
MENDERMA DAN KEBAJIKAN
Pengikut Freemason melakukan pelbagai perkara kebajikan demi untuk menarik lebih ramai pengikut mereka
KEBENARAN
Mereka berpegang teguh terhadap kepercayaan mereka. Mereka percaya bahawa prinsip yang mereka bawa membawa lebih kepada kemajuan dan mendapat kehidupan yang lebih baik
STRUKTUR ORGANISASI
Loji Besar (Grand Lodge) adalah badan bebas dan berdaulat yang mentadbir Freemason di sesebuah negara, negeri atau kawasan. Tiada satu badan teratas yang mengawal Freemason di peringkat global. Perhubungan antara loji-loji yang berlainan bergantung kepada kehendak atau pengiktirafan bersama.
Loji merupakan unit asas Freemason. Setiap loji baru mesti mempunyai waran atau piagam yang diberi oleh Loji Besar yang membenarkannya untuk membuat perjumpaan dan beroperasi. Loji mesti mengadakan perjumpaan pada tempat yang tetap dan tarikh yang telah ditentukan. Ia akan memilih, menerima ahli baru dan mempromosikan ahli dan pegawainya. Ia juga akan membina dan mengurus aset dan hartanahnya termasuk rekod perjumpaan. Seperti organisasi lain, ia mempunyai perjumpaan rasmi, perjumpaan tahunan, dana amal, surat menyurat dan laporan, yuran keahlian, akaun, acara istimewa dan pelbagai lagi. Setiap loji mempunyai tradisi unik tersendiri.
PRINSIP DAN AKTIVITI UTAMA
Freemason seringkali dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan sesama ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara pokok
George Washington, yang menjadi Presiden pertama Amerika Syarikat pada
30 April 1789 adalah seorang anggota Freemason. Selain itu, para
penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang
ditandatangani pada 4 Julai 1778 oleh William Hoper, Benjamin Franklin,
Matthew Thornton, William Whipple, John Hancock, Phillip Livinston dan
Thomas Nelson, juga dipercayai pengikut Freemason.[10]
Selain Washington, 13 lagi presiden, lapan naib presiden dan 35 Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat pernah dikenalpasti sebagai ahli Freemason. Washington adalah ahli Freemason yang berpusat di New York City. Ahli Freemason yang dikenal pasti di Amerika Syarikat dianggarkan berjumlah tiga juta dan di New York sahaja terdapat lebih kurang 136,000 ahli
IRAQ
Sebilangan cawangan Freemason di Iraq telah wujud seawal tahun 1903, dan bertambah bilangannya apabila negara itu diperintah di bawah Mandat British sejurus selepas Perang Dunia I. Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada bulan Julai 1958 selepas Revolusi, dengan pembubaran pemerintahan beraja dan pengisytiharan Iraq sebagai sebuah republik di bawah Jeneral Qasim. Lesen yang membenarkan cawangan Freemason ditarik balik dan undang-undang diperkenalkan untuk mengharamkan sebarang perjumpaan Freemason. Pendirian itu kemudian diperkukuh oleh Saddam Hussein, yang menetapkan hukuman mati bagi mereka yang "mempromosikan atau menyanjung prinsip-prinsip Zionisme, termasuk Freemason, dan mereka yang melibatkan diri dalam pertubuhan Zionisme". Dengan kejatuhan pemerintahan Saddam Hussein selepas serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq, pengharaman ke atas Freemason dimansuhkan dan pada tahun 2007, Land Air and Sea Lodge, No. 1 dianugerahi dengan piagam oleh Loji Besar New York (Grand Lodge of New York).
ETIKA FREEMASON
Freemason mengamalkan tiga etika-etika yang diikuti demi mengaburi pergerakan mereka
MENDERMA DAN KEBAJIKAN
Pengikut Freemason melakukan pelbagai perkara kebajikan demi untuk menarik lebih ramai pengikut mereka
KEBENARAN
Mereka berpegang teguh terhadap kepercayaan mereka. Mereka percaya bahawa prinsip yang mereka bawa membawa lebih kepada kemajuan dan mendapat kehidupan yang lebih baik
STRUKTUR ORGANISASI
Loji Besar (Grand Lodge) adalah badan bebas dan berdaulat yang mentadbir Freemason di sesebuah negara, negeri atau kawasan. Tiada satu badan teratas yang mengawal Freemason di peringkat global. Perhubungan antara loji-loji yang berlainan bergantung kepada kehendak atau pengiktirafan bersama.
Loji merupakan unit asas Freemason. Setiap loji baru mesti mempunyai waran atau piagam yang diberi oleh Loji Besar yang membenarkannya untuk membuat perjumpaan dan beroperasi. Loji mesti mengadakan perjumpaan pada tempat yang tetap dan tarikh yang telah ditentukan. Ia akan memilih, menerima ahli baru dan mempromosikan ahli dan pegawainya. Ia juga akan membina dan mengurus aset dan hartanahnya termasuk rekod perjumpaan. Seperti organisasi lain, ia mempunyai perjumpaan rasmi, perjumpaan tahunan, dana amal, surat menyurat dan laporan, yuran keahlian, akaun, acara istimewa dan pelbagai lagi. Setiap loji mempunyai tradisi unik tersendiri.
PRINSIP DAN AKTIVITI UTAMA
Freemason seringkali dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan sesama ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara pokok
GERAKAN FREEMASON
AMERIKA
Selain Washington, 13 lagi presiden, lapan naib presiden dan 35 Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat pernah dikenalpasti sebagai ahli Freemason. Washington adalah ahli Freemason yang berpusat di New York City. Ahli Freemason yang dikenal pasti di Amerika Syarikat dianggarkan berjumlah tiga juta dan di New York sahaja terdapat lebih kurang 136,000 ahli
IRAQ
Sebilangan cawangan Freemason di Iraq telah wujud seawal tahun 1903, dan bertambah bilangannya apabila negara itu diperintah di bawah Mandat British sejurus selepas Perang Dunia I. Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada bulan Julai 1958 selepas Revolusi, dengan pembubaran pemerintahan beraja dan pengisytiharan Iraq sebagai sebuah republik di bawah Jeneral Qasim. Lesen yang membenarkan cawangan Freemason ditarik balik dan undang-undang diperkenalkan untuk mengharamkan sebarang perjumpaan Freemason. Pendirian itu kemudian diperkukuh oleh Saddam Hussein, yang menetapkan hukuman mati bagi mereka yang "mempromosikan atau menyanjung prinsip-prinsip Zionisme, termasuk Freemason, dan mereka yang melibatkan diri dalam pertubuhan Zionisme". Dengan kejatuhan pemerintahan Saddam Hussein selepas serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq, pengharaman ke atas Freemason dimansuhkan dan pada tahun 2007, Land Air and Sea Lodge, No. 1 dianugerahi dengan piagam oleh Loji Besar New York (Grand Lodge of New York).
MALAYSIA
Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau
DGLME).DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916.
Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang
berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China
dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20,
istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini
bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama
tersebut dan tradisinya.
DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:
Singapura: 3 loji
Kuala Lumpur: 3 loji
Pulau Pinang: 1 loji
lpoh: 1 loji
Kuantan: 1 loji
Kuching: 2 loji
Port Dickson: 1 loji
Port Klang: 1 loji
Kelantan: 1 loji
Taiping : 1 loji
Kota Kinabalu: 1 loji
Bangkok: 3 loji
Pattaya: 1 loji
Melaka: 1 logi
KRITIKAN DAN TENTANGAN TERHADAP FREEMASON
ISLAM
Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah
mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di
bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa[17], kemudian akan melebarkan
pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir[18] dan terus menuju ke Al
Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi
mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang
pendidikan, politik, budaya dan sosial.
Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam
seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas
di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini
dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin
dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang
memerlukan.
Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan
Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an.[19] Lantaran
orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme.
Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir
zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata
Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata
satu.
KRISTIAN
Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan
Gereja Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa
semua agama adalah sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik.
Terdapat banyak arahan paus yang melarang terlibat dengan Freemason.
Pertama adalah daripada Paus Clemant XII pada 28 April 1738 dan yang
terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja
tahun 1917 juga mengharamkan buka yang mesra dengan Freemason.
Pada tahun 1983, Gereja mengeluarkan Kanun Hukum Gereja yang baru tetapi
berlainan daripada sebelumnya, ia tidak secara jelas menyebut persatuan
rahsia mana yang dikutuk. Ini menyebabkan ramai daripada kalangan
penganut Katolik mahu pun daripada Freemason yang percaya larangan ke
atas Freemason sudah ditarik balik. Bagaimana pun perkara ini dijelaskan
oleh Kardinal Joseph Ratzinger (yang kini Paus Benedict XVI) bahawa
pihak Gereja Katolik masih menganggap doktrin Katolik dan Freemason
tidak selari dan keanggotaan penganut Katolik dalam Freemason masih
dilarang.
Bagi Gereja Protestan pula, penentangan lebih kepada dakwaan Freemason
mengamalkan mistik, percaya kepada benda ghaib dan pengikut syaitan
(satanisme). Seorang ahli Freemason yang kontroversi, Albert Pike,
sentiasa dijadikan contoh rujukan oleh Gereja Protestan. Pike adalah
tokoh kontroversi yang terkenal sebagai penganut ajaran syaitan dan juga
ahli Freemason. Menurut Pike, tiga perang dunia harus terjadi dengan
perang dunia ketiga sebagai yang terakhir untuk memberi jalan kepada
mekarnya agama dunia yang baru yang menjadikan Lucifer sebagai tuhan



