KONFLIK SYRIA




Kerajaan Syria menggunakan kereta kebal dan penembak tepat dari atas bangunan untuk memaksa penunjuk perasaan berundur. Beberapa bandar telah dikepung,dan askar diarah menembak pembantah dan orang awam.Pembantah dan pembelot tentera mula membentuk unit perang, dan bersatu di bawah panji Tentera Pembebasan Syria, bertempur dalam gaya yang semakin tersusun. Kerajaan Syria menyifatkan pemberontak ini sebagai "kumpulan pengganas bersenjata".

Mengikut pelbagai sumber, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sehingga 17,925–25,170 orang telah terbunuh, separuh daripadanya merupakan orang awam, namun termasuk 9,305–9,750 penempur bersenjata kedua pihak dan sehingga 1,700 pembantah pembangkang.Bagi melarikan dari daripada keganasan, ribuan pelarian telah melarikan diri melewati sempadan ke Iraq,Jordan,Lubnan dan Turki. Selain itu, puluhan ribuan pembantah ditahan, dan terdapat laporan seksaan dalam penjara.Pertubuhan antarabangsa juga telah menuduh kerajaan dan Shabiha menggunakan orang awam sebagai perisai manusia,

Ramai pihak yang telah memberi reaksi terhadap kebangkitan ini. Liga Arab,Kesatuan Eropah,Setiausaha Agung PBB,Pertubuhan Kerjasama Islam,Majlis Kerjasama Teluk,Arab Saudi,Turki dan Amerika Syarikat antara lain mengutuk penggunaan kekerasan terhadap pembantah. Bagaimanapun, campur tangan ketenteraan secara umumnya bukan pilihan bagi kuasa-kuasa asing ini.Pada November 2011, Liga Arab menggantung keanggotaan Syria dalam pertubuhan itu,lalu menghantar misi pemerhati pada Disember, sebagai sebahagian daripada cadangan penyelesaian aman krisis ini. PBB juga dengan kerjasama Liga Arab melantik Kofi Annan sebagai utusan khas dalam usaha menyelesaikan konflik ini.

Pada 15 Julai 2012, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menilai konflik Syria ini sebagai "konflik bersenjata bukan-antarabangsa" (istilah perundangan ICRC bagi perang saudara), dengan itu menjadikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa terpakai di Syria selaras dengan Konvensyen Geneva

LATAR BELAKANG

Pemberontakan Syria atau perang saudara Syria merupakan konflik dalaman yang masih berterusan, yang berlaku di Syria sejak awal 2011. Bantahan bermula pada 26 Januari 2011, dan meningkat kepada tahap kebangkitan pada 15 Mac 2011. Kebangkitan ini dipengaruhi oleh bantahan serentak di rantau Timur Tengah yang "belum pernah terjadi sebelumnya."Para pembantah mendesak Presiden Bashar al-Assad berundur, parti memerintah Parti Ba'ath membenarkan parti politik lain, hak sama rata untuk orang Kurdi dan kebebasan politik meluas, seperti kebebasan akhbar, bersuara dan berhimpun.

Seperti juga gerakan revolusi di Tunisia dan Mesir, para pembantah melakukan perarakan, mogok lapar, vandalisme terhadap harta kerajaan dan kedai-kedai. Beberapa kumpulan Islam di Utara Syria telah mengambil kesempatan ini dengan melancarkan serangan terhadap kerajaan.

Syria melaksanakan Undang-undang Darurat 1963-2011 dan Perlembagaan digantung. Keadaan ini sama semasa Syria berperang dengan Israel . Sejak 1963, kejatuhan Baath , Syria telah dikawal oleh pihak sekular Parti Ba'ath. Sejak itu, rakyat Syria melantik Presiden melalui referendum dan tidak lagi mengadakan pilihan raya pelbagai parti.Walaupun berlaku Rampasan kuasa 1966 dan Revolusi 1970 Syria , Parti Ba'ath kekal berkuasa.

Selepas Revolusi Syria 1970, Presiden Syria Hafez al- Assad memimpin Syria 30 tahun, telah mengharamkan pihak lawan politik dan mana-mana calon pembangkang dalam pilihan raya. Pada 1982 pemberontakan Islam berlaku. Hafez al-Assad telah menjalankan dasar bumi hangus terhadap bandar Hama untuk memadamkan pemberontakan oleh masyarakat Muslim Sunni , termasuk Ikhwan Muslimun dan lain-lain. Berpuluh-puluh ribu orang terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai di Hama .

Isu siapa penggantian Hafez al-Assad mendorong kepada peristiwa Latakia 1999 apabila protes ganas dan pertempuran bersenjata meletus selepas Pilihan Raya 1998 . Pertelingkahan berlaku antara Hafez al-Assad dengan muda saudaranya Rifaat . Dua orang telah dibunuh di Latakia.Bantahan ini menyebabkan beratus-ratus orang mati dan cedera, namun kerajaan menafikan. Hafez al-Assad meninggal dunia setahun kemudian akibat masalah paru -paru. Beliau telah digantikan oleh anaknya Bashar al-Assad dilantik selepas pindaan perlembagaan iaitu mengurangkan syarat umur Presiden dari 40 kepada umur 34.

Presiden Bashar mempunyai seorang isteri yang lahir di Britain diharap dapat melaksamakan reformasi dan mengurangkan perdebatan politik dari Julai 2000 hingga Ogos 2001.Aktivis politik, seperti, Riad Seif , Haitham al-Maleh , Kamal al-Labwani , Riyad al-Turki , dan Aref Dalila telah menggerakkan gerakan dan forum. Forum oleh Riad Seif dan forum oleh Jamal al-Atassi Forum . Spring Damsyik berakhir pada bulan Ogos 2001 dengan penangkapan dan 10 aktivis terkemuka dipenjarakan kerana mendesak mengadakan pilihan raya yang lebih demokratik dan kempen keingkaran awam.

Pada Oktober 2005,aktivis dan pembangkang Michel Kilo melancarkan Deklarasi Damsyik yang mengkritik kerajaan Syria sebagai "autoritarian, totalitarian dan klik-klikan" dan menyeru kepada reformasi demokratik.

Rusuhan Kurdish-Arab telah mendorong ketegangan di kawasan-kawasan Kurd di Syria sejak 2004.Rusuhan Al-Qamishli berlaku di Al- Qamishli . Dalam perlawanan bola sepak yang kacau-bilau, bendera Kurdish dikibarkan dan perlawanan bola sepak bertukar menjadi konflik politik. Sebagai tindak balas, berlaku pertempuran antara polis Syria dengan kumpulan Kurdis dan Arab menyebabkan 30 orang terbunuh.

Keluarga al- Assad merupakan kumpulan minoriti , tradisional miskin dan dari mazhab Alawite.Alawite merupakan cabang firkah Syiah dengan anggaran 6-12 penduduk Syria .Mereka menguasai perkhidmatan keselamatan Syria dan menjana kebencian di kalangan umat Islam Sunni yang membentuk 70 penduduk Syria . Minoriti Kurd juga membuat bantahan. Tetapi Presiden Bashar mendakwa Syria kebal dari apa yang berlaku di Mesir.Bouthaina Shaaban selaku peenasihat presiden dipersalahkan oleh ulama Sunni dan menghasut pemberontakan Sunni. Sheikh Youssef al -Qaradawi di Qatar dalam satu khutbah di Doha pada 25 Mac 2011 menyeru rakyat memberontak. Menurut The New York Times, kerajaan Syria mengerah puak Alawite yang menguasai unit perkhidmatan keselamatan untuk melawan pemberontakan . Adiknya Maher al-Assad dan Assef Shawkat menjadi panglima tentera


SOSIO EKONOMI DAN HAK SIVIL

Kemerosotan hidup semakin mencengkam menyebabkan pengurangan sokongan kerajaan daripada golongan miskin. Subsidi bagi barangan asas dan pertanian, perdagangan bebas tanpa sokongan yang sesuai kepada industri tempatan , dan kadar pengangguran, terutama di kalangan anak-anak muda.

Hak asasi manusia di Syria dikritik oleh pertubuhan-pertubuhan global. Sejak 1963, pemerintahan darurat memberi pasukan keselamatan melakukan penangkapan dan penahanan . Negara Syria ditadbir oleh kerajaan satu parti tanpa pilihan raya yang bebas .Pihak berkuasa memenjarakan aktivis hak asasi manusia dan pengkritik kerajaan .Hak bersuara, berpersatuan dan berhimpun dikawal ketat. Wanita dan diskriminasi etnik minoriti berlaku. Pada tahun 2010, al-Assad dilapor gagal memperbaiki rekod hak asasi manusia Syria dalam tempoh 10 tahun memerintah dan merupakan salah satu yang paling teruk di dunia .

Al-Assad dibenarkan stesen radio memainkan muzik pop Barat tapi laman web seperti Amazon.com , Facebook, Wikipedia , dan YouTube telah disekat sehingga 1 Januari 2011.Undang-undang 2007 memerlukan kafe Internet merekodkan semua komen para penggunan dalam lama laman sembang dan talian forum.

Temubual pada 31 Januari 2011, al-Assad mengisytiharkan pembaharuan sebagai reaksi terhadapa bantahan di Mesir , Tunisia, dan Yaman.


GARIS MASA

Gerakan protes di Syria pada mulanya sederhana, dan mengambil masa untuk mendapatkan momentum. Peristiwa bermula pada 26 Januari 2011, apabila Hasan Ali Akleh dari Al-Hasakah mencurahkan petrol ke atas dirinya sebagaimana rakyat Tunisia Mohamed Bouazizi membakar diri Tunis pada 17 Disember 2010. Tindakan itu sebagai "bantahan terhadap kerajaan Syria . Pada 28 Januari 2011, demonstrasi diadakan di Ar-Raqqah membantah pembunuhan dua tentera keturunan Kurdish.Pada 3 Februari seruan "Hari-Rage" pada 4 Februari hingga 5 Februari dalam laman Facebook dan Twitter . Penunjuk perasaan menuntut reformasi kerajaan, tetapi kebanyakan protes yang berlaku di luar Syria dan secara dan kecil-kecilan.Ratusan berarak di Hasaka, tetapi pasukan keselamatan Syria menyuraikan bantahan dan menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan. Al Jazeera melaporkan sebagai gerakan senyap dan menyimpulkan bahawa protes tidak itu berjaya kerana populariti Presiden Bashar al-Assad . Mereka juga bimbang apa yang berlaku di Iraq . Protes pada akhir Februari di Kedutaan Libya di Damsyik menunjukkan protes terhadap kerajaan Kolonel Muammar al-Gaddafi.

Pada 6 Mac 2011, TIME melaporkan Ribal al -Assad menyatakan teori domino berkembang di Spring Arab. Malah, pada 15 Mac, pergerakan bantahan mula memuncak, demonstrasi serentak berlaku di bandar-bandar utama di seluruh Syria. Kota Daraa menjadi tumpuan utama bagi kebangkitan. Lebih 100,000 orang berarak di Daraa pada 25 Mac, tetapi sekurang-kurangnya 20 penunjuk perasaan dilaporkan terbunuh. Protes juga merebak ke bandar-bandar lain Syria, termasuk Homs , Hama , Baniyas , Jassem , Damsyik dan Latakia . Lebih 70 penunjuk perasaan terbunuh.K erajaan bersedia membuat konsesi dengan penunjuk perasaan, apabila al-Assad mengumumkan pembebasan seramai 200 tahanan politik. Seorang penasihat Assad berkata undang-undang darurat akan ditarik balik, .Assad menerima perletakan jawatan Perdana Menteri Syria , Muhammad Naji al- Otari .Namun Assad menafikan undang-undang darurat akan ditarik balik pada akhir bulan Mac .

Pada bulan April, kebangkitan menjadi lebih luas dan lebih ganas. Penunjuk perasaan ditembak pada pada 1 April, membawa kepada sekurang-kurangnya 10 kematian. Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan dihalang daripada memasuki bandar Damsyik dari Douma pada 15 April. Bandar-bandar lain turut menyaksikan kebangkitan seperti di Daraa , Baniyas , Al-Qamishli , dan Homs. Kereta kebal dan askar memasuki Daraa dan Douma. Sempadan dengan Jordan juga ditutup . Seorang aktivis melaporkan bahawa 18 orang terbunuh di Daraa. Al Jazeera melaporkan beberapa tentera ditembak oleh mereka sendiri selepas menolak perintah menembak penunjuk perasaan. Pada 29 April, lebih daripada 60 penunjuk perasaan terbunuh dalam demonstrasi di seluruh Syria. Amerika Syarikat bertindak balas dengan sekatan keras terhadap kerajaan Syria .

Baniyas dikepung pada awal bulan Mei, dan dibahagikan kepada zon kawalan de facto, dengan penunjuk perasaan yang sebahagian besarnya mengawal selatan dan pasukan keselamatan menguasai utara. Demonstrasi menyebabkan 20 kematian pada 6 Mei.Kerajaan mendakwa 11 askar ditembak oleh "kumpulan-kumpulan bersenjata" pada hari yang sama. Pada 17 Mei dilaporkan pelarian Sunni mendakwa berpakaian seragam "Shabiha" Alawite membunuh Sunni di bandar Tel Kalakh di sempadan Lubnan. Remaja 13 tahun, Hamza Ali Al -Khateeb ,tiga luka tembakan pistol dan tanda-tanda didera,kemaluan putus dan lebam-lebam. Puncanya kerana dia menyertai keluarganya dalam perhimpunan untuk memecahkan pengepungan bandar Daraa. Beliau telah ditahan di kalangan beratus-ratus penduduk Syria semasa pembunuhan beramai-ramai Siada, di mana rakyat Daraa ditembak oleh pasukan keselamatan Syria. Aktivis pembangkang mendakwa beliau telah diseksa dan kemudian ditembak mati. Tapi Dr Akram El-Shaar menafikan bahawa Hamzah telah diseksa dan menyatakan bahawa tiada tanda penyeksaan dan hanya pereputan necrotic .

Bekalan air dan elektrik telah ditutup di bandar Daraa. Pasukan keselamatan mula merampas tepung dan makanan. Keadaan yang serupa di Homs.[Tentera Syria memasuki bandar Baniyas, Hama, Talkalakh, Latakia, Al-Midan dan Duma di Damsyik, dan beberapa bandar lain.Lebih 2,300 penunjuk perasaan telah dibunuh, cedera dan beribu-ribu ditahan. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon mengutuk penggunaan kereta kebal terhadap penunjuk perasaan sebagai "tidak boleh diterima".

Pada 5 Jun, kerajaan Syria menyatakan 20 penunjuk perasaan Syria ditembak mati di Dataran Tinggi Golan oleh tentera Israel ketika melalui garisan gencatan senjata semasa Hari Naksa. Israel menuduh Syria untuk mengalihkan perhatian daripada pergolakan Syria dengan membenarkan penunjuk perasaan untuk sampai kepada Heights.

Pada 6 Jun, dikatakan, tembakan rawak daripada helikopter membunuh 10 orang di Jisr ash- Shugur. Dua hari kemudian, tentera Syria melancarkan tindakan keras di Jisr al Shughour sebagai membalas dendam dan membunuh 120 anggota polis. 

SHABBIBA

Shabbiha ialah kumpulan yang terlibat dalam penyeludupan semasa pendudukan Syria Lubnan. Mereka menggunakan kereta hantu tanpa plat.Mereka menyeludup kereta dari Lebanon ke Syria. Shabbiha telah muncul kembali semasa kebangkitan dan pada bulan Jun telah digunakan oleh kerajaan Syria untuk menjalankan kempen hangus bumi , membakar tanaman, menggeledah rumah-rumah dan menembak secara rawak ".Pada April, Wissam Tarif, pengarah kumpulan hak asasi manusia menyatakan Shabbiha beroperasi di Homs.


KONFLIFK ISRAEL-PALESTIN



Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan orang Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada Konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama.

Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah "penyelesaian dua negara" yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama. Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel. Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk.Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan mutakhir serta tahap keandalan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masing-masing.

Terdapat banyak pemain dalam negeri serta pemain antarabangsa yang terbabit dalam konflik ini. Pihak perunding langsung ialah kerajaan Israel yang diketuai oleh Ehud Olmert dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Mahmoud Abbas. Perundingan rasmi diantarakan oleh sebuah kontingen antarabangsa yang dikenali sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa Bersatu, dan diwakili oleh utusan khas yang kini merupakan Tony Blair. Liga Arab merupakan pemain yang penting yang telah mencadangan rancangan keamanan alternatif. Mesir, anggota pengasas Liga Arab, merupakan peserta yang utama dari segi sejarah.

Sejak tahun 2006, pihak Palestin telah dipecah belah oleh konflik antara dua puak yang utama: Fatah, parti yang terbesar, dan Hamas, sebuah kumpulan militan Islam. Oleh sebab itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin (kerajaan interim Palestin) berpecah belah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur Gaza. Ini terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Israel dan banyak negara yang lain.Oleh itu, walaupun Hamas memenangi pilihan raya Palestin 2006, ia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi.

Pusingan perundingan keamanan terkini yang bermula di Annapolis, Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir menjelang akhir tahun 2008. Semua pihak bersetuju bahawa adanya enam teras atau 'status akhir' yang merupakan persoalan yang mesti diselesaikan: Jerusalem, pelarian, petempatan, keselamatan, sempadan, dan air.

Dalam kalangan masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan berbagai-bagai pandangan dan pendapat (sila lihat juga pandangan Israel tentang proses keamanan dalam konflik Israel-Palestin dan pandang Palestin tentang proses keamanan). Ini bertindak untuk menonjolkan percanggahan pendapat yang besar, bukan sahaja antara orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.

Ciri utama konflik ini ialah tahap keganasan yang disaksikan pada sepanjang konflik tersebut. Korban perang yang diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel pengganas tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang awam bagi kedua-dua pihak juga dikorbankan.


KONFLIK ISRAEL-GAZA 2008-2009

PETA GAZA

Konflik Israel–Gaza 2008–2009 merupakan sebahagian daripada konflik Israel-Palestin, yang berada di kemuncak konflik apabila pada 27 Disember 2008, Israel telah melancarkan satu siri serangan udara, dikenali dengan nama Operation Cast Lead (Bahasa Ibrani: מבצע עופרת יצוקה, Mivtza Oferet Yetzuka, Bahasa Arab: عملية الرصاص المصبوب‎ atau عملية الرصاص المسكوب) oleh Pasukan Pertahanan Israel. Operasi ini disasarkan kepada ahli-ahli dan infrastruktur Hamas dan ia juga dikenali sebagai Pembunuhan beramai-ramai Gaza (Bahasa Arab: مجزرة غزة‎) di kalangan kebanyakan negara di dunia Arab. Selepas tamatnya perdamaian sementara selama enam bulan antara kerajaan pimpinan Hamas di Genting Gaza, Palestin dan Israel, yang berakhir pada 19 Disember 2008. Israel mendakwa serangan itu dimulakan kerana meningkatnya serangan roket ke dalam Israel, mereka juga mendakwa serangan ini bertujuan memusnahkan keupayaan dan motivasi Hamas untuk melancarkan serangan yang serupa di masa depan. Hamas menyalahkan Israel atas tamatnya tempoh reda itu, kerana Israel tidak mematuhi semua syaratnya yang termasuk penamatan pengepungan Jaluran Gaza. Persengketaan ini merupakan yang terburuk sejak Hamas mendapat kejayaan politik pada awal 2006

Operasi besar ini bermula dengan pengeboman oleh pesawat pejuang F-16 dan helikopter AH-64 Apache dan ditentang oleh tembakan roket Qassam di kawasan komuniti selatan Israel. Sekurang-kurangnya 225 orang terbunuh pada hari pertama ini, menjadikannya hari paling ramai yang terkorban dalam sejarah konflik Israel-Palestin.Sehingga Ahad 4 Januari 2009, jumlah korban Palestin telah meningkat melebihi 500 orang.


Pada sebelah petang, Angkatan Tentera Udara Israel menghunjam 100 tan ledakan bom dan 95 % mencapai sasaran yang dikehendali. Menurut sumber Israel, mereka berjaya memusnahkan 50 pusat keselamatan yang dibina Hamas. Ini termasuklah balai polis, penjara dan pusat kawalan yang dipibina oleh pihak berkuasa pentadbiran Hamas di Semenanjung Gaza, Bandar Gaza, Beit Hanoun di utara, Khan Younis dan Rafah di selatan.

Pasukan perubatan melaporkan 287 warga Palestin terbunuh serta merta di kawasan kemalangan atau selepas dikejarkan ke hospital berhampiran. 900 cedera parah yang kebanyakannya anggota polis dan anggota pergerakan Hamas, orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

LATAR BELAKANG

Pada Jun 2008, satu perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel anjuran Mesir berjaya ditandatangani. Tetapi Israel memungkirinya dengan menyadakan sekatan semula di pintu masuk dari Israel ke Semenanjung Gaza. Oleh itu warga Palestin di Semenanjung Gaza tidak mendapat bekalan makanan dan fasiliti lain seperti gas, bekalan elektrik, air, ubat dan pelbagai barangan lain . Sememangnya Semenanjung Gaza tidak dapat berdiri sendiri melainkan bergantung menerima belas ehsan daripada pihak berkuasa Israel. Israel menjadikan hal ini sebagai sorong-tarik dalam krisisnya dengan Hamas yang kini mendapat sokongan besar di Semenanjung Gaza. Pada 13 Disember 2008, Israel mengumumkan akan memanjangkan gencatan senjata hanya jika Hamas patuh kepada syarat-syarat lama dan syarat terbarunya. Hamas menyalahkan Israel kerana menamatkan genjata senjata sebelum ini dengan membuat sekatan di pintu masuk dan rakyat Palestin terpaksa membina terowong-terowong untuk ke seberang tembok sempadan.

REAKSI ANTARABANGSA

8 Januari 2009 Resolusi gencatan senjata diluluskan dengan Amerika Syarikat berkecuali, mahu supaya gencatan senjata segera dikuatkuasa dan dipatuhi sepenuhnya sehingga membawa kepada pengunduran tentera Israel dari Gaza.
9 Januari 2009, wakil Kementerian Luar China, Qin Gang mendesak Israel supaya segera menarik balik tenteranya dari Gaza selaras dengan usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu. Usaha politik diteruskan agar tertubuhnya sebuah negara Palestin yang bebas dan kedua-dua negara itu menikmati keamanan.
Pada 5 Januari 2009, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghubungi Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon dan Presiden Persidangan PBB, Miguel d'Escoto Brockmann, meminta diadakan sidang tergempar PBB membincangkan serangan Israel di Semenanjung Gaza.Timbalan Menteri Luar Datuk Abdul Rahim Bakri mahu Israel mematuhi Perjanjian Annapolis antara Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert di Annapolis, Maryland di Amerika Syarikat pada 27 November 2007 untuk mencari perdamaian antara Palestin dan Israel. Isu Palestin adalah isu jenayah kemanusian dan "satu tindakan keganasan".
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mestilah menghantar pasukan pengaman ke sempadan Israel dan Palestin dengan segera. Datuk Seri Mohd Ali Rustam selaku Naib Presiden UMNO dan Presiden Perhimpunan Belia Dunia (WAY) berkata jika Amerika Syarikat benar-benar mahu keamanan, negara kuasa besar itu boleh menghantar segera tentera pengaman ke sempadan Palestin dan Israel.
Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Noor Nirwandy Mat Noordin menggesa rakyat memboikot produk negara-negara yang menyokong Israel termasuk Coca-cola,Starbuck dan Colgate. Mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa dolar Amerika turut diboikot. Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng mahu kerajaan Malaysia memanggil Duta Amerika Syarikat di Malaysia untuk menyampaikan bantahan rakyat Malaysia.

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menyatakan negara Indonesia sedia menghantar rakyatnya untuk menjadi sebahagian pasukan pemerhati di Semenanjung Gaza jika gencatan senjata tercapai. Janji itu diberikan semasa menerima Duta Besar Palestin ke Indonesia, Fariz Mehdevi di Kompleks Istana Presiden , Jakarta

BANTUAN ANTARABANGSA

Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) menghantar pakar perubatan dan petugas logistik ke Mesir bagi menyahut seruan kemanusiaan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa serangan Israel di Tebing Gaza. Ia diketuai oleh Presiden Mercy Malaysia Datuk Dr Jemilah Mahmood dan anggota majlis eksekutifnya Norazam Ab Samah.
Penyelaras AMAN Malaysia Datuk Mukhriz Mahathir menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk berdiri teguh bersama rakyat Palestin menentang tindakan ganas yang bertujuan membawa kemusnahan kepada kalangan penduduk yang dirampas tanah mereka oleh Israel dan sekutunya. Pada 29 Januari 2008, Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia) melancarkan Tabung Kemanusiaan Gaza untuk membantu 1.5 juta rakyat Palestin yang terperangkap di Gaza selepas semua pintu sempadannya ditutup rejim Israel sejak Jun 2007.
10 Januari 2009, Josette Sheeran selaku Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan penghantaran bekalan bantuan kepada sehingga 360,000 orang bukan pelarian di Gaza, manakala Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) akan memenuhi keperluan makanan di kalangan pelarian yang berjumlah 1.1 juta orang. WFP memiliki stok makanan berjumlah 3,500 tan metrik di gudang di Gaza, cukup untuk bekalan bagi memenuhi keperluan kes-kes baru sehingga 360,000 orang untuk tempoh tiga minggu. Bekalan makanan dihantar ke hospital-hospital dan juga tepung gandum kepada kedai-kedai yang masih dibuka. Kedai-kedai roti juga sudah kehabisan bekalan tepung gandum yang diperlukan untuk membuat roti - makanan utama penduduk di Gaza .Kilang-kilang tepung sudah kehabisan bekalan bahan mentah.Pemandu trak dan pengendali fork-lift enggan bekerja ekoran rasa bimbang dengan keselamatan mereka. 130 trak yang membawa kira-kira 4,000 tan metrik makanan WFP sudah dihantar ke Gaza menerusi tempat melintasi sempadan di Kerem Shalom, tapi sebahagiannya tersekat disebabkan faktor keselamatan

MH370 BOIENG 777-200ER



Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia (MH 370 / MAS 370), juga dipasarkan sebagai Penerbangan 748 China Southern Airlines (CZ 748) melalui perkongsian kod, ialah sebuah penerbangan penumpang berjadual dari Kuala Lumpur, Malaysia, ke Beijing, China. Pada 8 Mac 2014, Boeing 777-200ER Penerbangan Malaysia yang mengendalikan penerbangan ini hilang ikutan perhubungan terakhirnya dengan kawalan lalu lintas udara kurang daripada sejam selepas perlepasan. Ia membawa 227 orang penumpang dari 15 buah negara dan 12 orang anak kapal di dalam pesawat, dengan majoriti penumpang ialah rakyat China.


 Usaha awal pencarian dan penyelamatan bersama meliputi luas 30,000 km2 (12,000 batu²) di Teluk Thailand dan Laut China Selatan,(yang dikatakan terbesar dalam sejarah telah dijalankan oleh sebelas buah negara yang telah menghantar sejumlah 34 buah pesawat dan 40 buah kapal untuk usaha ini.Kawasan carian kemudian diperluas ke Selat Melaka dan Laut Andaman.Pada 15 Mac, selepas laporan media bahawa penyiasat A.S. percaya pesawat tersebut berpatah balik ke barat melintasi Semenanjung Malaysia selepas kawalan trafik udara terputus hubungan dan sebuah satelit terus menerima "dencing" dari pesawat,usaha pencarian diperluaskan lagi ke Lautan hindi. Sehingga 18 Mac, 26 negara telah terbabit dalam usaha itu.
Pada 20 Mac, satu siri imej satelit yang menunjukkan potensi serpihan pesawat di Lautan Hindi di selatan barat daya Australia mendorong peningkatan aktiviti carian di kawasan itu. Serpihan lanjut dikesan di kawasan itu oleh pesawat tentera Australia dan China pada 24 Mac.[14] Walau bagaimanapun kedudukan pesawat itu masih tidak diketahui, mendorong pada 24 Mac, pegawai Penerbangan Malaysia dan kerajaan Malaysia melahirkan kepercayaan mereka bahawa pesawat tersebut telah terhempas di selatan Lautan Hindi dengan tiada yang terselamat, berdasarkan analisis 'tiada tandingan' oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom dan syarikat satelit Inmarsat
KEHILANGAN
Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac pada 00:41 waktu tempatan (16:41 UTC, 7 Mac) dan dijadualkan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing (06:30 waktu tempatan, 8 Mac). Pesawat tersebut menuruni altitud jajap tetapannya, iaitu 35,000 kaki (10,700 m) dan bergerak pada laju udara sebenar 471 knot (542 bsj; 872 km/j) apabila kesemua komunikasi terhenti dan isyarat transponder hilang. Kedudukan terakhir yang diketahui bagi pesawat berkenaan ialah 6°55′15″N 103°34′43″E, sepadan dengan waypoint IGARI, yang di situ pesawat berkenaan patut mengubah laluannya sedikit ke timur. Pesawat tersebut juga dijangkakan untuk menghubungi kawalan lalu lintas udara di Bandar Raya Ho Chi Minh sebaik memasuki ruang udara Vietnam sedikit di utara titik tersebut, tempat perhubungan telah hilang.
Penerbangan Malaysia mengeluarkan pernyataan media pada 07:24 yang mengesahkan bahawa perhubungan telah hilang pada 02:40 dan bahawa operasi pencarian dan penyelamatan telah bermula.Kemudian, timbullah bahawa Kawalan Lalu Lintas Udara Subang telah kehilangan perhubungan dengan pesawat itu pada 01:22 dan memaklumkan Penerbangan Malaysia pada 02:40.Anak kapal tersebut atau sistem komunikasi di dalam pesawat tidak menyiarkan isyarat kecemasan, petanda cuaca buruk, atau masalah teknikal sebelum hilang dari skrin radar. Syarikat penerbangan melaporkan dalam keluaran akhbar kesebelas bahawa kesemua pesawatnya dilengkapi dengan Aircraft Communications Addressing and Reporting System (Sistem Pengalamatan dan Pelaporan Komunikasi Pesawat; ACARS), sistem yang memancarkan data secara automatik tentang status pesawat, tetapi tambahannya "Walau bagaimanapun, tiada panggilan kecemasan dan tiada maklumat dihantar.
PENCARIAN
Usaha pencarian menjana berbilang ikutan palsu. Seorang laksamana Tentera Laut Vietnam melaporkan bahawa perhubungan radar dengan pesawat tersebut kali terakhir dilakukan di Teluk Thailand, tetapi mentranspirasi bahawa hasil ini sepadan dengan kehilangan perhubungan radar kawalan lalu lintas udara Subang, bukan penemuan tapak kemalangan.Limpahan minyak terletak di luar pinggir laut Vietnam pada 8 dan 9 Mac dan disangkakan telah datang daripada pesawat. Hasil ujian melaporkan pada 10 Mac menyatakan bahawa limpahan minyak tidak mengandungi minyak penerbangan.Ada laporan bahawa sebuah pintu atau serpihan pesawat ditemui kira-kira 80 km (50 bt) di selatan Pulau Thổ Chu pada 9 Mac. Hari berikutnya, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia melaporkan dakwaan-dakwaan ini adalah tidak benar; bahan yang terapung bukan daripada pesawat.
Lokasi Selat Melaka.
Tentera Laut Diraja Thai menganjakkan tumpuannya dalam pencarian jauh dari Teluk Thailand dan Laut China Selatan menurut permintaan Tentera Laut Diraja Malaysia, yang menyiasat kemungkinan pesawat tersebut berpatah balik dan mungkin telah terhempas di Laut Andaman, dekat dengan sempadan Thailand.Ketua Tentera Udara Diraja Malaysia, Rodzali Daud, mendakwa bahawa rakaman pihak tentera bagi isyarat radar tidak menyertakan kemungkinan pesawat itu berpatah balik di laluan penerbangannya.Dua hari kemudian, beliau mengesahkan bahawa pesawat itu kali terakhir dikesan oleh radar ketenteraan dekat dengan Pulau Perak di Selat Melaka, pada 02:40 pada 8 Mac, menerbangi ketinggian kira-kira 9,000 meter (30,000 ka).[39] Jejari pencarian telah ditingkatkan daripada 20 batu nautika (37 km; 23 batu) dari kedudukan terakhirnya yang diketahui[40] di selatan Pulau Thổ Chu, hingga 100 batu nautika (190 km; 120 batu), dan luasnya kini meliputi laut-laut hingga Selat Melaka di sepanjang pinggir laut barat Semenanjung Tanah Melayu, dengan perairan ke kedua-dua timur Malaysia di Laut China Selatan, dan di Selat Melaka di sepanjang pinggir barat Malaysia, sedang dicari.
Pada 11 Mac, radar ketenteraan dilaporkan menyatakan pesawat berkenaan berpusing ke arah barat dan terus terbang selama 70 minit sebelum hilang dekat dengan Pulau Perak;pesawat berkenaan "mengubah laluan selepas Kota Bharu dan mengambil altitud lebih rendah. Pesawat itu berjaya ke Selat Melaka." Lokasi terakhir ini adalah kira-kira 500 km (311 bt) dari kedudukan terakhirnya dalam perhubungan dengan kawalan lalu lintas udara.Walau bagaimanapun, hari berikutnya Rodzali Daud nafi melakukan pernyataan seperti dilaporkan dalam media, meminta bahawa salah lapor patut "dipinda dan dibaiki untuk mencegah salah tafsir lanjut bagi yang sejelasnya merupakan laporan tidak tepat dan tidak betul.Vietnam telah mengurangkan operasi pencariannya untuk menunggu penjelasan daripada Malaysia kerana laporan bercanggahan.
PENYERTAAN ANTARABANGSA
Sebagai gerak balas kepada insiden ini, kerajaan Malaysia menggerakkan Jabatan Penerbangan Awam, Tentera Udara, Tentera Laut dan Agensi Penguatkuasaan Maritim, dan meminta bantuan antarabangsa daripada Sistem Pertahanan Kawasan Bersepadu (IADS) dan negeri jiran. Berbilang negara mengusahakan misi pencarian dan penyelamatan di perairan rantau itu.Negara-negara telah menghantar sejumlah 34 buah pesawat dan 40 buah kapal ke kawasan berkenaan.Qatar menawarkan bantuan, dan Agensi Perancis untuk penyiasatan kemalangan pesawat, Bureau d'Enquêtes et d'Analyses pour la Sécurité de l'Aviation Civile (BEA), menawarkan bantuan dengan mana-mana operasi pencarian dan pemulihan bawah air.Suruhanjaya Persediaan Pertubuhan Perjanjian Larangan Ujian Nuklear Menyeluruh telah mencuba, tetapi gagal, untuk menggunakan rangkai stesen pengesanan infrabunyinya untuk mencari mana-mana bunyi dibuat oleh penerbangan ini.Aset dihantar oleh negara berlainan termasuklah:
AP-3C Orion RAAF Australia menyertai pencarian.
BRP Gregorio del Pilar, salah sebuah kapal dihantar oleh Tentera Laut Filipina.
RSS Steadfast dari Singapura.
Pengawal Pinggir Laut Vietnam CASA C-212-400.
Malaysia: Pengangkut CASA/IPTN CN-235, sebuah pesawat Beechcraft B200T King Air, empat buah pengangkut ketenteraan Lockheed C-130 Hercules, dua buah Bombardier Global Express, dua buah helikopter Agusta A109, dan empat buah helikopter pengangkutan taktik julat panjang Eurocopter EC725. Enam buah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia dan tiga buah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.Pusat koordinasi di Pusat Kawalan Bencana Negara di Pulau Meranti, Cyberjaya.
Amerika Syarikat: Sebuah pesawat P-3C Orion dan sebuah kapal pembinasa peluru berpandu, USS Pinckney, membawa dua buah helikopter Sikorsky MH-60R Seahawk.kapal logistik Templat:USNS,kapal pembinasa Tentera Laut Amerika Syarikat, USS Kidd.Amerika Syarikat juga menghantar sepasukan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) awal-awal lagi, bersedia untuk memulakan kerja serta-merta sekiranya sisa bangkai pesawat ditemui.FBI, terlibat dalam penyiasatan, juga telah menghantar beberapa orang ejen FBI ke kawasan tersebut untuk menyertai penyiasat.
Australia: Dua buah pesawat ronda maritim Lockheed AP-3C Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF).
China: Lima buah kapal perang China, dok pengangkutan amfibia Jenis 071 LPD-999 Jinggang Shan, dengan dua buah helikopter, 30 orang kakitangan perubatan, sepuluh orang penyelam, dan 52 orang askar marin, serta kelengkapan penyelamatan dan pengesanan bawah air di atasnya,dok pengangkutan amfibia LPD-998 Kunlun Shan dengan dua buah helikopter dan 50 orang askar marin, kapal pembinasa Jenis 052C DDG-171 Haikou with dengan sebuah helikopter,Frigat Jenis 053H3 FFG-528 Mianyang dengan sebuah helikopter dan kapal pengisian AOR-886 Qiandaohu. Tiga buah kapal ronda besar Pentadbiran Keselamatan Maritim China: Hai Xun 31 sebuah kapal ronda besar dengan sebuah helikopter dan kelengkapan pengimbasan bawah air, kapal pencarian dan penyelamatan besar penyelamat Laut Selatan No. 101 dan No. 115. Kapal ronda besar Pengawal Pinggir Laut No. 3411 dan kapal COSCO Merchant Tai Shun Hai. Sebuah pesawat pengangkutan Ilyushin Il-76 dan sebuah pesawat pengawasan Tupolev Tu-154Templat:Jelaskan dalam perjalanan. China juga telah menugasi sepuluh buah satelit pertahanan mengorbit semula di kawasan itu.
Filipina: Perintah Barat AFP menghantar BRP Gregorio del Pilar, BRP Emilio Jacinto, BRP Apolinario Mabini dan juga telah menghantar sebuah Fokker F-27 Tentera Udara dan sebuah kapal terbang Navy Islander. Sebuah kapal pemotong kelas Hamilton dan sebuah kapal terbang ketenteraan C130 telah ditempatkan dalam keadaan sedia untuk menyediakan sandaran untuk pesawat yang bersayap kaku dua, jika diperlukan.
India: Kapal-kapal Tentera Laut India pada rondaan rutin di Selat Melaka dan aset udara dan laut Perintah Andaman dan Nicobar menyertai pencarian pada 11 Mac.Satelit Tentera Laut India Rukmini atau GSAT-7 juga telah diaktifkan untuk mencuba dan mengutip mana-mana petunjuk yang mungkin membawa penyiasat kepada pesawat Boeing 777-200 yang hilang.
Indonesia: Lima buah kapal– sebuah korvet dan empat buah kapal ronda pantas – menumpukan pencarian di Selat Melaka di sekitar Pulau Pinang.[Negara berkenaan telah menghantar dua buah kapal ronda pantas PC-40 pertama, Templat:Kapal dan Templat:Kapal, serta sebuah pesawat ronda maritim IPTN NC-212.
New Zealand: Sebuah Lockheed P-3K2 Orion Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF). Pesawat berkenaan akan berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth di Pulau Pinang bersama dengan dua buah pesawat P-3 Australia.
Singapura: Tiga buah Lockheed C-130 Hercules;Frigat Kelas Formidablenya Templat:Kapal Angkatan Laut Republik Singapura dengan sebuah helikopter Sikorsky S-70B Naval di atasnya; dan sebuah kapal selam penyelamatan (MV Swift Rescue) dengan penyelam di dalamnya; serta Korvet Kelas Victory Templat:Kapal.
Taiwan: Sebuah kapal terbang pengangkutan C-130 Tentera Udara Republik China, frigat ROCS Tian Dan, dan kedua-dua buah kapal Pengawal Pinggir Laut (HSUN HU No.7 dan 9).
Thailand: Tentera Laut Diraja Thai telah menyediakan tiga buah kapal dan sebuah pesawat untuk pencarian dan penyelamatan.Sebuah helikopter Super Lynx dan sebuah kapal ronda. Lagi dua buah kapal sedang bersedia di Teluk Thailand.
Vietnam: Tiga buah Antonov An-26, dua buah CASA C-212, sebuah DHC-6 Twin Otter, dua buah Mil Mi-171, dan tujuh buah kapal daripada Tentera Laut (HQ-954, HQ-627), Pengawal Pinggir Laut (CSB-2001, CSB-2003), Kawalan Perikanan (KN-774), dan Pusat Koordinasi Pencarian dan Penyelamatan Maritim (SAR 413)
Penerbangan 370 dikendalikan oleh sebuah Boeing 777-2H6ER,[lower-alpha 1]nombor siri 28420, pendaftaran 9M-MRO. Boeing 777 ke-404 yang dihasilkan, pesawat ini terbang but kali pertama pada 14 Mei 2002, dan dihantar kepada Penerbangan Malaysia pada 31 Mei 2002. Pesawat itu berkuasakan dua buah enjin Rolls-Royce Trent 892,dan dikonfigurasi untuk membawa 282 orang penumpang: 35 orang di dalam kelas perniagaan dan 247 orang di dalam kelas ekonomi.Menurut syarikat penerbangan, pesawat ini telah mengumpulkan 53,460 hours and 7,525 cycles in service.9M-MRO belum pernah terlibat dalam sebarang insiden besar;[89] satu insiden kecil semasa bertaksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai pada Ogos 2012 menyebabkan kerosakan ketara kepada salah satu hujung sayapnya, yang patah selepas terkena ekor sebuah pesawat lain.Pemeriksaan penyelenggaraan terakhirnya adalah pada Februari 2014.
PESAWAT
Boeing 777 pada amnya, dianggap oleh pakar penerbangan, mempunyai rekod keselamatan "hampir sempurna",salah satu daripada sebarang pesawat komersial yang terbaik.Sejak penerbangan komersial pertamanya pada Jun 1995, hanya ada dua kemalangan parah sebelum ini. Pada Januari 2008, 47 orang cedera apabila hablur ais dalam sistem minyak Penerbangan 38 British Airways menyebabkannya kehilangan kuasa dan terhempas hampir-hampir dengan landasan di Lapangan Terbang Heathrow London. Pada Julai 2013, Penerbangan 214 Asiana Airlines terhempas dalam pendekatan terakhir ke Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco. Tiga orang penumpang terkorban dan 181 orang cedera disebabkan oleh kemalangan itu.Kedua-dua pesawat rosak melampaui pembaikan


PENUMPANG

Kebanyakan penumpang (152 daripada 227) merupakan warga China. Kehilangan warga China seramai ini ialah bencana udara kedua terteruk dalam sejarah penerbangan China, setakat Mac 2014.Tiga perlapan penumpang dan kesemua dua belas anggota anak kapal merupakan warga Malaysia. Selebih penumpang adalah dari tiga belas negara berlainan. Penumpang China termasuk sekumpulan sembilan belas seniman dengan enam orang anggota keluarga dan empat orang kakitangan, kembali dari pameran kaligrafi karya mereka di Kuala Lumpur.Dua puluh orang penumpang merupakan pekerja Freescale Semiconductor, sebuah syarikat yang berpangkalan di Austin, Texas. Dua belas orang pekerja ini adalah dari Malaysia dan lapan orang dari China.

Penerbangan Malaysia juga telah menghantar sepasukan pengasuh dan sukarelawan dipanggil GoTeam untuk menyediakan bantuan kepada anggota keluarga penumpang-penumpang berkenaan.Dalam keluaran akhbarnya, syarikat penerbangan menyatakan bahawa syarikat berkenaan akan menanggung perbelanjaan pembawaan anggota keluarga penumpang pesawat yang hilang ke Kuala Lumpur dan menyediakan penginapan, jagaan perubatan dan kaunseling kepada mereka.Syarikat penerbangan menyediakan bayaran takziah bernilai $5,000 kepada keluarga-keluarga untuk setiap mangsa.

ANAK KAPAL
Kesemua anggota anak kapal merupakan warga Malaysia. Kaptennya ialah Zaharie Ahmad Shah yang berumur 53 tahun dari Pulau Pinang, yang menyertai Penerbangan Malaysia pada 1981 dan mempunyai pengalaman penerbangan 18,365 jam.Zaharie juga merupakan seorang pemeriksa yang layak untuk menjalankan ujian pensimulasi untuk juruterbang.Pegawai pertama merupakan Fariq Abdul Hamid berumur 27 tahun, soerang pekerja Penerbangan Malaysia sejak 2007, dengan 2,763 jam penerbangan.Fariq baru-baru ini bertukar kepada menerbangkan Boeing 777-200 selepas menyelesaikan latihan pensimulasi.

PENYIASATAN
Boeing telah mengumumkan bahawa sepasukan pakar dihimpunkan untuk menyediakan bantuan teknikal kepada penyiasat,menurut protokol-protokol Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa. Tambahan pula, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat mengumumkan dalam keluaran akhbar 8 Mac bahawa sepasukan penyiasat telah dihantar bersama dengan penasihat teknikal daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan untuk menawarkan bantuan dalam penyiasatan.Negara yang akan mengetuai penyiasatan tidak akan ditentukan sehingga pesawat yang hilang ditemui.
Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat telah menghantar pakar teknikal dan ejen untuk menyiasat kehilangan tersebut. Walau bagaimanapun, seorang pegawai penguat kuasa undang-undang Amerika Syarikat senior menjelaskan bahawa ejen-ejen FCI tidak dihantar ke Malaysia.Pihak rasmi Amerika Syarikat dan Malaysia menyemak seluruh manifes penumpang semula sebagai tambahan kepada dua orang penumpang yang disahkan memegang pasport curian.
PASPORT CURI
Sekurang-kurangnya dua orang penumpang berjalan dengan pasport yang dicuri daripada warga negara Eropah. Dua orang yang dikenal pasti di dalam manifes, seorang warga Austria berumur 20 tahun dan seorang warga Italia berumur 37 tahun, telah melaporkan pasport mereka dicuri pada 2012 dan 2013, masing-masing.Interpol menyatakan bahawa kedua-dua pasport disenaraikan dalam pangkalan datanya bagi pasport hilang dan curian, tetapi tiada semakan dibuat melawan pangkalan datanya, menyatakan bahawa hanya sedikit negara yang tekal menggunakan pangkalan datanya.Menteri Dalam Negeri Malaysia mengkritik pegawai imigresen negaranya kerana gagal menghentikan penumpang yang berjalan dengan pasport Eropah curian.

Kedua-dua tiket sehala yang dibeli untuk pemegang pasport curian ditempah melalui China Southern Airlines.Seorang warga Iran dilaporkan telah menempah tiket termurah ke Eropah melalui telefon. Tiket-tiket tersebut dibayar secara tunai.Seorang ketua polis Thai mencadangkan bahawa tiket-tiket berkenaan dibeli untuk pehijrah Iran haram.Kedua-dua penumpang tersebut kemudian dikenal pasti sebagai orang Iran, seorang berumur 18 dan seorang lagi 29, yang memasuki Malaysia pada 28 Februari menggunakan pasport Iran sah. Ketua Interpol mengatakan mereka "cenderung untuk menyimpulkan bahawa ini bukan insiden pengganas.

KARGO
Pada 17 Mac, CEO Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya menyatakan, tanpa mendedahkan manifes penerbangan, bahawa pesawat tersebut membawa 3 hingga 4 tan manggis, dan tiada bahan berbahaya.Tiga hari kemudian, beliau mengesahkan bahawa bateri yang mungkin mudah terbakar, dikenalpasti sebagai litium-ion, juga ada, menambah semua kargo "dibungkus sebagaimana disarankan ICAO", diperiksa beberapa kali dan dikira mematuhi peraturan

KRITIKAN DAN GERAK BALAS

Kehilangan penerbangan berkenaan telah ditandai oleh maklumat salah, dan ada keraguan kini mengenai lokasi dan trajektori yang berkemungkinan bagi pesawat terlibat.Pakar mempercayai bahawa sungguhpun tahap awal telah diurus dengan baik oleh Penerbangan Malaysia, pengingkatan pegawai rasmi kerajaan berkomen secara awam mewujudkan kekeliruan. Pakar pengurusan krisis Australia Mike Smith mencadangkan bahawa, kerana sebaik kehilangan ini menjadi kebimbangan antarabangsa, kerajaan Malaysia gagal mengambil alih dan mengasaskan titik kawalan krisis kecemasan tempat maklumat boleh disebarkan secara bertanggungjawab dan dengan benar. Smith menekankan percanggahan, "penudingan jari, khabar angin dan sindir halus... daripada pihak rasmi Malaysia, yang motifnya boleh kita spekulasi

KONFLIK MYANMAR ( PERBALAHAN DALAMAN )

Perbalahan dalaman di Myanmar adalah satu istilah yang digunakan untuk merujuk kepada keganasan di Myanmar yang telah wujud sejak kemerdekaan pada tahun 1948 sehingga 2012. Satu demi satu kerajaan pusat berjuang menentang pelbagai pemberontakan etnik dan politik. Beberapa pemberontakan terawal di Burma-dikuasai haluan kiri "berwarna-warni" dan Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU). KNU yang berjuang untuk mengukir sebuah negeri Karen bebas daripada jaluran besar Myanmar Rendah. Pemberontakan etnik yang lain berlaku hanya di awal tahun 1960-an selepas kerajaan pusat menolak untuk mempertimbangkan gaya kerajaan persekutuan. Pada awal tahun 1980-an, pemberontakan bersenjata berorientasikan politik telah sebahagian besarnya pudar. Tetapi pemberontakan berasaskan etnik terus hidup dan kekal dalam konflik.

Pemberontakan ini telah disokong atau yang digunakan oleh negara-negara asing, memburukkan lagi pengasingan, syak wasangka dan kebimbangan di kalangan rakyat Myanmar ke atas kedua-dua golongan minoriti mereka dan kuasa-kuasa asing. Sesetengah British telah menyokong Karen; Pakistan Timur (dan kemudiannya Bangladesh) menyokong Rohingya Islam di sempadan mereka dengan sokongan Timur Tengah. Orang-orang India telah dikatakan terlibat dengan Kachin dan Karen. China membantu CPB (kemudiannya Wa), pemberontak Naga dan Kachin. Amerika Syarikat menyokong Kuomintang, dan Thailand pelbagai kumpulan pemberontak, pada dasarnya mewujudkan negeri atau zon penampan. Sebelum genjatan senjata, sebahagian besarnya tentera yang dikuasai oleh etnik Bamar membuat kempen tahunan musim kering yang sia-sia, hanya untuk melihat pemberontak kembali selepas mereka pergi.

Burman menguasai kerajaan pusat (awam atau tentera-sama) mampu untuk mencapai perjanjian politik walaupun matlamat yang disebut di kebanyakan, jika tidak semua, pemberontakan etnik utama (termasuk KNU) autonomi, tidak berpisah. Hari ini, kerajaan telah menandatangani perjanjian gencatan senjata tidak selesa dengan kebanyakan kumpulan pemberontak tetapi tentera telah tidak mendapat kepercayaan penduduk tempatan. Tentera telah dituduh secara meluas mendera penduduk tempatan dengan sewenang-wenangnya, dan dilihat sebagai satu kuasa yang menduduki di kawasan etnik.

Baru-baru ini, konflik utama ialah terhadap rejim tentera yang telah memerintah negara dari 1962 hingga 2011. Konflik ini adalah peperangan yang berterusan yang tertua di dunia,dan telah mendapat perhatian antarabangsa sebagai hasil Pemberontakan 8888 pada tahun 1988, kerja-kerja aktivis Aung San Suu Kyi, protes anti-kerajaan pada akhir 2007, dan kemusnahan akibat Taufan Nargis, yang menyebabkan lebih 80,000 mati dan 50,000 hilang pada pertengahan 2008.

Pada Januari 2012, kerajaan Myanmar mengumumkan gencata senjata dengan pemberontak Karen, tulang belakang puak anti-junta. Kedua pihak bersetuju mengadakan komunikasi terbuka, selain membenarkan perjalanan selamat bagi orang Karen di negara itu. Kerajaan pusat telah mengampunkan lebih 6,000 tahanan dan mengurangkan hukuman 38,964 yang lain

BOEING


Boeing Company adalah pengeluar pesawat utama Amerika Syarikat yang beribu pejabat di Chicago, Amerika Syarikat dan mempunyai fasiliti yang besar diEverett, Washington berdekatan Seattle, Washington.

Boeing mempunyai dua divisyen utama iaitu Boeing Integrated Defense Systems (IDS) yang bertanggungjawab untuk pengeluaran ketenteraaan dan angkasa lepas dan Boeing Commercial Airplanes (BCA) yang bertanggunjawab untuk pengeluaran pesawat komersial.




DAFTAR PESAWAT

PESAWAT PENUMPANG:
Penumpang[sunting | sunting sumber]
Boeing 717 (Produksi dihentikan pada 2006)
Boeing 737
Boeing 747 ("Jumbo-Jet")
Boeing 767
Boeing 777
Boeing BBJ (Boeing Bussines Jet)
Boeing 777F
Boeing 787-300, -800, -900
Boeing 747 Advanced
Boeing 737 NG -700x, -800x, -900x
Boeing 247
Boeing B-307 Stratoliner
Boeing B-377 Stratocruiser
Boeing 707
Boeing 720
Boeing 727
Boeing 757
Douglas DC-8
Douglas DC-9
McDonnell Douglas DC-10
MD-11
MD-80
MD-82
MD-87
MD-90
PESAWAT KETENTERAAN
E-3 Sentry AWACS
AV-8B Harrier II Plus
B-1B Lancer
B-2 Spirit
B-52 Stratofortress
F-22 Raptor
B-767 Tanker
KC-10 Extender
KC-135 Stratotanker
Boeing B-17 Flying Fortress
Guppy
Boeing B-29 Superfortress
Boeing B-50 Superfortress

PERANG KOREA



Perang Korea bermula sebagai perang saudara dari 1950 hingga 1953 di Semenanjung Korea, yang telah dibahagikan kepada kawasan taklukan Amerika Syarikat dan kawasan taklukan KRSS selepas Perang Dunia II. Perang saudara ini bermula pada 25 Jun 1950, apabila Korea Utara menyerang Korea Selatan. Peperangan ini berkembang pesat apabila Amerika Syarikat, dan selepas itu Republik Rakyat China campur tangan dalam konflik ini. Konflik ini tamat selepas gencatan senjata tercapai pada 27 Julai 1953

LATAR BELAKANG

Perang Korea merebak sehingga menjadi medan pertelingkahan ideologi – ideologi Komunisme (diterajui oleh Soviet Union, China dan dengan Korea Utara sebagai penggerak) dan ideologi demokrasi yang ditegakkan oleh Amerika Syarikat yang mahukan kerajaan Korea Selatan terus bertahan dan bertapak. (Ketika konflik ini bermula, terdapat beberapa medan persaingan ideologi yang dilancarkan oleh pergerakan komunisme seperti Darurat di Semenanjung Tanah Melayu, pemberontakan menentang penguasaan Perancis di Indochina)

China memberikan sokongan kuat kepada Korea Utara. Kesatuan Soviet juga memberikan sokongan material dan juga personnel – juruterbang pesawat Mig-15 yang bertembung dengan juruterbang Amerika Syarikat ramai terdiri daripada jurterbang Soviet. Korea Selatan menerima sokongan dan bantuan dari Bangsa-Bangsa Bersatu (dengan diterajui oleh Amerika Syarikat).

Di Korea Selatan, peperangan ini dikenali sebagai Perang 6•25 (Korea :6•25 (전쟁)) walaupun secara formalnya dipanggilsebagai Han-guk Jeonjaeng (Korea : 한국전쟁, bermakna “Perang Korea”. Di Korea Utara, konflik ini dikenali secara formalnya sebagai Perang Pembebasan Tanahair (Fatherland Liberation War (조국해방전쟁))

Amerika Syarikat secara rasmiya mentakrifkan perang ini sebagai operasi ketenteraman ataupun “policing action”, walaupun secara meluasnya konflik ini dikenali dengan panggilan Perang Korea. Penggunaan operasi ketenteraman oleh kerajaan Ameriak Syarikat (Pentadbiran Presiden Truman) adalah untuk mengelakkan keperluan Presiden Truman mendapakan mandat pengisytiharan perang oleh Kongres Amerika Syarikat.

Sebilangan pihak memanggil konflik ini “Perang Yang Dilupakan” (The Forgotten War) kerana konflik ini terlaksana pada skala yang besar tetapi tidak diberikan perhatian berbanding dengan Perang Dunia II dan juga Perang Vietnam.



Previous Home